Dzikir Nastagfirullah Lana Wa Lakum 

ADA 6 PERKARA UNTUK MENJADI WANITA BERJAYA DUNIA & AKHIRAT.

1. ALIMAH 

Wanita yang berilmu dengan menjaga taklim secara istiqamah. Taklim adalah perintah Allah SWT, yang merupakan roh kepada agama dan salah satu pintu gerbang masuknya agama ke dalam rumah.

2. ZAHIDAH 

Wanita yang hidupnya sederhana. Dengan hidup sederhana hisab akan mudah & ringan. Maksud dari hidup sederhana adalah terdiri dari pakaian, makanan, perabotan rumah, penampilan.

3. ABIDAH 

Wanita yang senantiasa menjaga sholat di awal waktu, banyak berzikir waktu pagi dan petang. Semua pekerjaan rumah selalu akan diiringi dengan zikir, istiqamah baca Al-Qur'an, sholat sunnah, berpuasa wajib dan puasa sunnah.

4. MURABIYYAH

Sebagai guru yang mendidik anak-anak secara islam yang sesuai dengan yang telah dicontohkan oleh Rasulullah SAW. Anak merupakan amanah dari Allah SWT, jadi seorang ibu kena ajar adabnya, badan, serta pakaian dan makanannya. mengenalkan agama kepada anak-anak, melatih supaya takut hanya pada Allah SWT, tanamkan pada anak-anak cinta pada Allah SWT, Rasul-Nya dan saudara, dan lain lain.

5. KHADDIMAH 

Selalu berkhidmat untuk suami dan anak-anak dalam setiap menunaikan keperluan mereka serta tamu yang datang ke rumah dengan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT.

6. DA'IYAH

Mengajak manusia untuk selalu taat kepada Allah SWT dan kepada Rasulullah SAW dengan tanam iman yakin kepada kampung akhirat kelak tempat kembalian hari akhir.
Semoga bermanfaat..
Ada banyak dzikir sangat bermanfaat lainnya, ada video dan beberapa lainya.
#lovedzikir